
LENCANA ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran, kegiatan dan aktiviti luar dengan memperihatkan tahap tertinggi dalam teknologi komunikasi maklumat dan hubungan antarabangsa.
Teknologi Maklumat
Menjalankan aktiviti-aktiviti berikut :-
- Mengetahui perkara-perkara asas berkenaan pengendalian computer.
- Boleh melayari internet menggunakan enjin pencarian untuk proses pencarian maklumat.
- Menyediakan sebuah persembahan / laporan / log yang sesuai dengan menggunakan perisian-perisian berikut bagi :
- Windows, Linux, Macintosh
- Microsoft Office Word, Excel dan Power Point
- Menghasilkan sebuah persembahan multimedia.
- Menghasilkan dan mentadbir sebuah laman web seminima 3 bulan.
ATAU
Komunikasi dan Perhubungan
Menjalankan aktiviti-aktiviti berikut :
- Mengirim berita menggunakan Kod Morse (Lampu atau buzzer) dengan kelajuan 15 perkataan seminit.
- Mengirim berita menggunakan isyarat bendera Semaphore dengan kiraan seminima 25 perkataan seminit.
- Lulus peperiksaan Lesen B Radio Amatur yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
ATAU
Perhubungan Antarabangsa
Melibatkan diri secara aktif di dalam mana-mana aktiviti Kelana peringkat antarabangsa atau menjalankan aktiviti yang menghubungkan persaudaraan di antara Kelana Malaysia dan Kelana-kelana Antarabangsa.