Selamat Datang ke laman web Pasukan Pengakap Kelana Laut Samudera Daerah Bachok Kelantan.

Pasukan Pengakap Kelana Laut Samudera ialah Krew Kelana Laut E dari Daerah Bachok, Kelantan. Dianggotai seramai lebih dari 40 orang yang bergiat secara aktif dan juga secara pasif disebabkan banyak faktor. 

Berpusat di Kem Pengakap Kandis, Bachok Kelantan yang pasukan kami telah mengambil sebahagian kawasan dalam Kem Pengakap Kandis untuk dijadikan sebagai kawasan angkat pasukan. Majlis Perasmian Projek Kawasan Angkat Pasukan Kelana Laut Samudera telah disempurnakan oleh Tuan Ab. Alim Abdul Rahim selaku Penasihat Pasukan. Majlis juga dihadiri oleh Tuan Pesuruhjaya Pengakap Daerah Bachok iaitu Tuan Zailan Harun.

Rancangan pembangunan Projek Kawasan Angkat Perkhemahan Pasukan Pengakap Kelana Laut Samudera ini bertujuan untuk membantu Pengakap Daerah Bachok dalam pembangunan Kem Pengakap Kandis serta mempromosi “campsite” ini sebagai pilihan tempat perkhemahan untuk semua sekolah dan juga unit beruniform yang lain. 

Salam Pengakap.

Tujuan laman web ini diwujudkan ialah untuk berkongsi maklumat tentang aktiviti Pengakap, ilmu-ilmu kepengakapan, skim lencana dan juga pengetahuan-pengetahuan am.

Sekiranya ada info atau fakta yang salah atau kurang tepat dalam laman web ini, kami memohon maaf dan kami menerima segala teguran secara terbuka.

Bagi melihat aktiviti, info atau sebagainya, boleh lah pergi ke bahagian ARCHIVES post-post kami yang ada di bawah ini atau pun disebelah kanan panel.

Sekian, Terima kasih.

Sekali Berpengakap Terus Berpengakap.

Close Menu