Skim Latihan Lencana Perkhidmatan Pengakap Kelana

Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran, ilmu pengetahuan dan kecekapan dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan perkhidmatan.

A.Bantu Mula – wajib

1. Calon dikehendaki mengikuti latihan atau kursus yang diakui oleh mana-mana persatuan atau mana-mana Pegawai Perubatan bertauliah yang mengendalikan latihan rawatan dan pertolongan cemas dalam jangkamasa tertentu.

  1. Calon hendaklah mempunyai pengetahuan berkenaan seperti butiran di bawah dan juga mempunyai kemahiran bertindak member rawatan kecemasan:-
  • Mengetahui tujuan dan peraturan rawatan kecemasan dan keadaan yang memerlukannya.
  • Mengetahui dan memahami struktur tubuh badan dan peranannyaMengetahui peredaran darah manusia serta jenis pembuluh.
  • Mengetahui jenis-jenis luka serta jenis pembalutan serta cara menghentikan pendarahan dari mulut, hidung dan telinga.
  • Mengetahui cara merawat gigitan serangga, binatang kecil dan binatang berbisa.
  • Mengetahui punca dan cara merawat keracunan daripada makanan, bahan kimia dan lain-lain.
  • Mengetahui sistem pernafasan manusia dan merawat permasalahan bantu mula bagi permasalahan berkaitan dengan sistem pernafasan.
  • Mengetahui dan mengaplikasikan teknik pemulihan pernafasan.
  • Mengetahui dan merawat jenis patah tulang dan anduhan serta cara memindahkan mangsa yang cedera.
  • Mengetahui Peti Pertolongan Cemas serta alatan di dalamnya.

 

B. Kebajikan Am – Wajib

Menganjurkan suatu projek Perkhidmatan Masyarakat yang melibatkan masyarakat setempat.
DAN (Minima SATU daripada Bahagian C dan D)

C. Pemelihara Alam Sekitar

 Calon dikehendaki berhubung dengan Pesuruhjaya Daerah atau Jawatankuasa Program Daerah untuk menentukan projek-projek kempen pemeliharaan alam sekitar yang dapat dijalankan di tempat masing-masing dalam tempoh 3 bulan.

Antara projek-projek yang disyorkan adalah seperti:

  • Kempen Kebersihan Alam Sekitar
  • Kempen Kitar Semula
  • Kempen Kawasan Angkat Krew

 

D. Kebajikan

  • Menjalankan projek bantuan yang boleh disampaikan kepada mangsa bencana alam
  • Menjalankan Projek Anak Angkat Krew Pengakap Kelana samada kepada Kumpulan-kumpulan Pengakap atau kawasan-kawasan yang bersesuaian untuk perkhidmatan berterusan.
  • Menderma darah seminimum 3 kali kepada hospital kerajaan atau Pusat Darah Negara serta mempunyai rekod yang sah.
  • Menjalankan perkhidmatan di rumah-rumah kebajikan.

Leave a Reply

Close Menu