
LENCANA ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kegiatan dan aktiviti pengembaraan dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan rancangan pengembaraan tersebut.
Pengembaraan
- Menjalankan salah SATU daripada pilihan pengembaraan berikut:
- Berjalan kaki sejauh 60km (masa bermalam: minima 2 malam)
- Berdayung sampan/rakit/kayak sejauh 30km (masa bermalam: minima 2 malam)
- Berbasikal sejauh 100km (masa bermalam: minima 2 malam)
- Bermotosikal sejauh 500km (masa bermalam: minima 2 malam)
- Berkereta sejauh 800km (masa bermalam: minima 2 malam)
- Berkenderaan awam (bas/kereta api) sejauh 1000km (masa bermalam: minima 2 malam)
* Semua perjalanan di atas hendaklah merangkumi tidak kurang dari 3 perjalanan kecil yang berasingan dan berbeza keadaan geografinya.
Laporan Pengembaraan
- Menyediakan buku log pengembaraan yang lengkap dan dikemaskini yang disertakan bahan sokongan seperti gambar, lakaran, peta, rakaman video dan menyerahkan kepada penilai di dalam tempoh 15 hari selepas tamat pengembaraan.
- Bahan sokongan seperti gambar, gambarajah, peta dan rakaman video dan seumpamanya hendaklah diserahkan kepada Penilai bersama Buku Log Pengembaraan.
Persediaan Perjalanan
- Setiap pengembaraan perlu ada persediaan dan destinasi hendaklah dirancang terlebih dahulu.
- Tempat-tempat sejarah dan rekreasi, perusahaan kampong, penghidupan kelompok kecil, penempatan orang asli dan tempat yang boleh memberi cabaran eloklah dimasukkan ke dalam program pengembaraan.
- Rancangan pengembaraan hendaklah dipersetujui oleh Ketua Kelana, Ketua Kelana hendaklah memberi nasihat, panduan serta peraturan bagi memastikan pengurusan pengembaraan itu mengikut cara berpengakap.
- Mesti mengetahui cara menyediakan Buku Log Pengembaraan. Perkara penting yang wajib ada :-
- Tarikh, masa, dan tempat, waktu tiba dan waktu berlepas.
- Pada pengembaraan dan gambaran keadaan alam semula jadi.
- Rekod temu ramah, kajian, dan pendapat.
- Projek ( jika dikehendaki membuat projek, lokasi, penyertaan masyarakat, masalah, kejayaan.)
- Cetusan rasa digambarkan melalui lukisan, foto, rakaman video, puisi, dan sebagainya.
- Langkah keselamatan hendaklah diutamakan. (penilaian dan risiko)
- Mencatatkan pemerhatian keadaan cuaca di sepanjang pengembaraan dengan format yang lengkap seperti catatan keadaan cuaca semasa. Kedudukan arah angin, bacaan suhu, ketinggian (altitude), jenis awan dan lain-lain yang berkaitan dengannya.
Peringatan
- Calon boleh melaksanakan pengembaraan di dalam satu krew di antara 2 hingga 4 orang sahaja. Pemakluman Pengembaraan dan kebenaran Pesuruhjaya Daerah serta pihak berkuasa (Polis, Jabatan Hutan.) hendaklah diperolehi sebelum pengembaraan dimulakan.
- Calon hendaklah sentiasa menjaga imej Pengakap Kelana dan juga menunjukkan contoh teladan yang baik kepada masyarakat.